Wednesday, February 15, 2006

Pelajar- Pelajar Cemerlang...


Alhamdulillah keputusan O level telah diberi dan diperolehi... semua pelajar BM di Sekolah Menengah Xinmin cemerlang...alhamdulillah. Dan yang paling seronok ialah apabila pelajar terbaik di Singapura merupakan pelajar kita sendiri. Saya memang sudah menjangka bahawa Siswand Md Ali akan cemerlang, saya lihat sendiri ketekunan dan kerajinan dia melangkah mencapai ilmu. Siswand juga merupakan pelajar yang baik, tidak lokek ilmu. Sering saya berpesan, jika kita lokek ilmu, kita tidak akan berjaya. Nah! Ini sudah terbukti bahawa apa yang kita ada, eloklah kita beri kepada orang lain, lihatlah bagaimana perkara ini benar- benar berlaku kepada Siswand. Dia yang mula - mula bersetuju apabila saya syorkan kita adakan kelas Matematik untuk pelajar yang lemah. Dan ini dia lakukan dengan beberapa orang teman, yang juga turut berjaya... syabas semua!

Namun saya masih terkilan kerana ada di antara pelajar saya masih tidak menghubungi saya walaupun keputusan sudah di dalam tangan... saya bukannya mahu meminta balasan, tapi apa salahnya jumpa guru BM sendiri. Apabila saya perhatikan ramai pelajar bangsa asing sibuk berbual - bual dengan guru- guru mereka, pelajar Melayu saya hilang entah ke mana... bukan saya mengharapkan ucapan terima kasih, tapi saya ingin berkongsi gembira atas kejayaan masing- masing, maklumlah, anak saya sendiri lagi lama duduk O levels...

Tapi tidak mengapa, saya sempat bergurau senda dan menghiburkan hati dengan mereka yang terdekat.. alhamdulillah. Lihatlah gambar- gambar keriangan mereka

Masih sama, tidak sombong walaupun sudah berjaya....


Jalan-jalan dengan Cikgubaru...


Makan sakan....

Wednesday, July 20, 2005

Hari Keharmonian Kaum

Hai, hari ini pelajar saya, lawah- lawah... ada macam minah, ada macam mat, tapi ada juga macam nyonya dan minah arab, ada juga dari Pakistan, dah tu, ada seorang dari Filipina. Betul Bergaya! Ada pakai kain lace, ada kenakan kain songket, ada pakai brocade. Macam - macamlah gaya pelajar saya, tapikan yang seronoknya, mereka tidak kisah sangat, mereka menggayakan apa sahaja dengan bersahaja dan berasa bangga dengan cara mereka berpakaian... memang keyakinan diri itu penting bagi mereka dan saya percaya mereka berjaya menunjukkan keyakinan diri mereka sebagai pelajar Melayu dengan cara mereka sendiri. Hmmm.

Yang Lawah Dan Yang Perasan Lawah..... siapa eh?

Sama jugalah.. yang lawah dan yang perasan lawah.... siapa eh?

Tuesday, July 19, 2005

Belajar BM

Bila saya tanya pelajar 5N saya apakah yang ingin mereka pelajari setelah tamat Peperiksaan BM peringkat O, mereka seperti bersungut... maklumlah sudah habis periksa.

Tapi bila saya ajak mereka berblog dalam BM, mereka menjadi ghairah. Pada saya berblog dalam BM itu baik juga kerana mereka menggunakan BM secara praktikal. Maklumlah pelajar sekarang kalau tidak nampak kebaikan praktikal, mereka seperti malas mempelajari sesuatu. Jadi saya biarkan mereka masuk kelas BM untuk berblog dan saya suka membaca Blog BM mereka. Ada yang lucu dan ada yang menyedihkan, namun usaha mereka tetap baik dan harap - harap dengan hari- hari mereka menulis dan menyimpan jurnal secara dalam talian, BM mereka akan bertambah baik.

Sunday, July 17, 2005

Lynn Tatsuhiko


Saya membawa pelajar - pelajar yang berminat menyaksikan pementasan ini pada Sabtu lalu. Ternyata pelajar saya semua suka akan pementasan ini walhal saya sendiri mendapat luangan masa yang baik. Saya gembira mereka suka pementasan itu. Tapikan, bila sudah selesai, saya bertanya sendiri, "Ceritanya mengenai apa ?" " Siapa Lynn tatsuhiko ?" dan siapa ingin tahu siapa dia... Saya jadi risau apabila semua jawapan itu saya tidak terjawab...

Namun begitu apa yang penting, pelajar saya mendapat pendedahan mengenai pementasan, dan sekaligus pendedahan kepada BM. Saya selaku pendidik hanya mahukan yang terbaik dan ini termasuklah memberi mereka pendedahan yang sihat. Kalau mereka sudah suka, saya lebih suka!

Thursday, July 14, 2005

Bila setotet let, gerek dan sekolah gambar diucapkan....


Pengalaman guru Bahasa Melayu semasa memberi peperiksaan lisan peringkat O, N dan NT memang memenatkan. Bayangkanlah setelah penat mengajar di sekolah setengah hari suntuk selama sekurang - kurangnya 5 jam, kita terpaksa pula duduk berhadapan dengan pelajar dengan tujuan menguji kepintaran, kelancaran mereka berbahasa. Mengantuk, bosan dan paling teruk sekali lembab rasa masa berlalu. Tidak dapat dinafikan bahawa ini sebahagian daripada tugas seorang guru, namun masih ramai yang bersungut.

Bagi diri Cikgu, tugas ini tidak dapat dielakkan. Oleh kerana Cikgu suka memandang semuanya ke arah positif, Cikgu selalu mencari idea untuk menghapuskan bosan dan boring yang melanda semasa memberi ujian lisan. Apa yang Cikgu buat ? Ahh selain daripada menguap ( ini tidak dapat dielakkan) Cikgu suka berjenaka dengan pelajar. Sebenarnya bukan berjenaka, tapi untuk meringankan beban dan gementar pelajar yang pertama kali menatap rupa Cikgu nan jelita ini.

Tapi, tiada lebih menarik dan menghilangkan ngantuk daripada mendengar ujah-ujahan yang menarik tetapi lucu. Seperti seorang pelajar yang berkata " pelajar Singapura yang minat pada seni tu setotet let... " dan dia sambung lagi , " senikan gerek..." dan sambung lagi, "kita patut ajak murid pergi sekolah gambar.." Rasa nak meletup dada Cikgu tahan tak mahu ketawa. Takkan pelajar tu tidak tahu peperiksaan peringkat O tidak boleh menggunakan slanga seperti itu. Takkan pelajar itu pun tidak tahu, sekolah gambar tu muzium... ai, macam mana Cikgu hendak memberi markah penuh, semua yang dikatakan macam perbualan dengan rakan sepejuangannya. Sungguh tidak class gitu...

Cubalah ingat wahai anak didik Cikgu, semasa peperiksaan semuanya mesti formal, kalau tidak hmmm.... rugi.

Tuesday, July 12, 2005

Antara Cikgu, Guru dan Pendidik


Kamu tahu wahai anak- anak didikku, bahawa kami guru- guru memang mendapat banyak gelaran. Ada yang memanggil kami dengan panggilan Cikgu, ada pula dengan nama kami dan disertakan pula panggillan Cikgu atau Cik dan Puan. Tetapi tahukah kalian bahawa antara cikgu dan guru itu banyak perbezaannya. Mari saya terangkan.

Biasaynya Cikgu hanya diberikan untuk mereka yang mengajar Bahasa Melayu. Macam selalu yang kalian dengar, "Eh Cikgu tu lawahlah... eleh, taklah, CIkgu tu tak cantiklah..." Tapi kalau yang lewat depan mata itu bukan Cikgu BM, kamu akan berkata, ' Eh gemuk Miss Lim tu eh... aha, Mr Tan pun botak.." Sebenarnya kalian tidak tahu panggilan atau gelaran CIkgu itu istemewa. Ia kerana hanya mereka yang terdekat dengan kalian dan bertutur bahasa yang sama saja dipanggil Cikgu. Yang selalu disegani dan dihormati juga Cikgu. Bukan guru.

Guru itu tugas seorang Cikgu. Cikgu tu panggilan khas buat guru Bahasa. Orang yang mengajar kita bahasa sentiasa patut dihormati, kerana, orang berbudi kita berbahasa. Lagi pun, biasanya Cikgu BM keluarga kita seagama..Tapi, jika ilmu itu diterima dari sebarang guru sekalipun, dia patut dihormati, Mr Lim kah, Mrs Lim kah, Ustazah Kah, semua yang menjagi guru, yang memberi ilmu, kita patut menghormati mereka.

Satu lagi ialah pendidik. Seorang pendidik berkuasa besar sebenarnya. Dia juga boleh jadi Cikgu ataupun guru. Tapi pendidik itu mengajar dengan kesungguhan. Mendidik bermaksud mengasuh, memberi seperti semacam acuan untuk menjadikan pelajar itu berguna, berjasa dan berwibawa. Bukan hanya berilmu. ...

Monday, July 11, 2005

Halaman Baru Cikgu Baru


Rasanya tidak puas jika tiada blog BM kerana saya sendiri ajar Bm di sekolah.. anak didik saya semuanya sudah berblog dan saya rasa tertinggal jika tidak berblog seperti mereka. Namun, inilah blog pertama saya dalam BM. Kalau blog orang puteh itu memang dah ada dan memang dah hot, tapi blog Bm ini agak lembab, slow kata orang puteh. Namun saya rasa masanya sudah tiba saya bersemuka dengan BM sekali lagi, dalam bentuk Blog yakni.

Tadi baru saya mengajak 9 orang murid saya yang tercinta menulis blog BM. Memang mereka kekok dan goblok apabila menulis dalam BM. bagi mereka Bm untuk masa- masa formal dalam kelas, ini anggapan yang salah. BM boleh menarik, BM boleh mencuit hati, dan BM boleh hidup.... terpulanglah kepada mereka untuk BM naik. Saya hanya beri sokongan. Yok Blog BM!